Menurut Paulo Freire, Oppressors refer 'human beings' only for themselves,other people are 'things'. Kita selalu menindas orang lain,maka kita dipanggil Opressor. Kerana kita tidak melihat orang sekeliling kita sebagai manusia biasa.
Contoh :
1. ISU KHILAF PENDAPAT. Kita merasakan ide kita yang terbaik,falsafah kita yang terbaik,walhal kita tidak melihat ide kita secara menyeluruh dengan mengira kemudharatan orang lain,adakah ianya membawa kebaikan kepada masyarakat dalam menyeluruh. Kita hanya melihat kebaikan ilmu itu kepada kita, kepada manusia lain bagaimana? Refer bagaimana Rasulullah SAW 'handle' sahabat semasa Perjanjian Hudaibiyah.
2. ISU HANTARAN dan MAJLIS PERKAHWINAN. Zaman ini kita meletakkan hantaran tinggi-tinggi kepada bakal menantu .Sehingga si lelaki sanggup berhutang, dan selepas kahwin anak perempuan pula sama-sama tanggung hutang. Lihat bagaimana Rasulullah letakkan mahar ketika Saidina Ali r.a tak mampu, tapi Rasulullah SAW minta Saidina Ali ambil dawai dari pagar buatkan cincin sendiri untuk Saidatina Fatimah r.a. As simple as that.
3. ISU RAKYAT dan PEMIMPIN .Pemimpin berbelanja besar untuk perkahwinan anak-anak, pendidikan anak-anak dihabiskan berjuta-juta ringgit, projek kerajaan mendahulukan anak-anak bangsawan dahulu. Walhal rakyat mencari sesuap nasi pun perlu meminta sedekah, rakyat hari-hari perlu bekerja keras untuk membayar cukai untuk biaya semua perbelajaan mewah pemimpin. Lihat bagaimana kehidupan 4 sahabat Rasulullah SAW semasa memerintah rakyat. Anda akan rasa mereka tak pandang pun dunia,hidup mereka untuk kesinambungan dakwah Rasulullah.
4. ISU HATI dan PERASAAN. Orang lain cuba untuk menjaga hati kita demi menjaga ukhwah,kita balas dengan dendam dan menyakiti hati sahabat. Kita mementingkan diri dengan menyatakan kasih sayang hanya untuk kita, bagaimana dengan emosi orang lain?
Lihat bagaimana Rasulullah SAW melayan sahabat-sahabat baginda yang ramai dan pelbagai latar belakang dengan sabar sehingga sewaktu kewafatan baginda, kesedihan amat terasa kerana tiada lagi sebaik-baik Rasul lagi selepas itu.
are we one of the Oppressors? Sebelum kita ingin membebaskan orang lain daripada tertindas,lihat diri kita dahulu, adalah kita Penindas?
Rasulullah SAW adalah orang yang membebaskan manusia daripada tertindas tanpa beliau menjadi penindas. Rasulullah adalah contoh terbaik sepanjang zaman.
wallahualam.
No comments:
Post a Comment