Thursday, July 7, 2011

Munafik?

Tumblr_lms7in0lhd1qaqxcdo1_500_large
Kadang-kadang rasa malu bila baca kisah sahabat-sahabat Rasulullah SAW yang dijamin syurga. tetapi masih berkejar-kejar dan bersungguh-sungguh mencari pahala dan ilmu..


Banyak yang mereka korban kan demi bekerja untuk Islam dan menjadi Muslim yang sejati..


Malu dengan mereka..Malu dengan Rasulullah SAW..


Kenapa kadang-kadang kita semangat nak buat itu,ini..


Tapi bila syaitan dah hasut...malas nk buat..


Kadang-kadang rasa malu dengan orang-orang yang baik..jaga ibadah..jaga segalanya..


Iman mereka bagaikan tidak berkacau pun..


Adakah kerana aku berseorangan?


Bagaimana nak jadi seperti mereka?


Adakah aku ni munafik??



aku teringat kisah Hanzalah bertanya kepada Rasulullah,
“Hanzalah telah munafik! Hanzalah telah munafik!”

Lantun Hanzalah pada dirinya. Kakinya mengerah cepat ke Masjid. Nabi pasti ada disana fikirnya. Riak ketakutan dan secebis penyesalan terlukis diwajahnya.

“Hanzalah telah munafik! Hanzalah telah munafik!” Diulangnya beberapa kali.

Sedang dalam perjalanan, Hanzalah berselisih dengan Saiyidina Abu Bakar As Siddiq. Saiyidina Abu Bakar terkejut dengan apa yang diucapkan oleh Hanzalah tersebut.

“Apakah yang telah kau katakan ini wahai Hanzalah?” Tanya Abu Bakar

“Wahai Abu Bakr, ketahuilah Hanzalah telah menjadi munafik. Aku ketika bersama Rasulullah aku merasakan seolah-olah syurga dan neraka itu sangat hampir padaku. Aku menangis kerana takutkan neraka.”

“Namun. Dirumah aku ketawa riang bersama anak-anak dan isteriku . Hilang tangis aku bersama Rasulullah.”

“Aku telah menjadi munafik!” Ujar Hanzalah sambil teresak-esak bimbangkan akan dirinya.

Saiyidina Abu Bakar terkejut.

“Kalau begitu aku pun munafik. Aku pun sama denganmu wahai Hanzalah.”

Lantas, kedua-dua sahabat ini bersama-sama menemui Rasulullah. Tangisan tidak berhenti. Mereka benar-benar ketakutan.

Takut pada Allah. Takut azab neraka yang sedia menunggu para munafik.

Hati mereka gementar.

Sesampainya di hadapan Rasulullah, Hanzalah bersuara.

“Wahai Rasulullah, Hanzalah telah munafik.”

Rasulullah bertanya. “Kenapa?”

“Ketika aku bersamamu ya Rasulullah, aku merasakan seolah-olah syurga dan neraka itu sangat hampir. Lantas air mataku mengalir. Tapi, dirumah aku bergurau senda keriangan bersama anak-anak dan isteriku . Tidakkah aku ini seorang munafik ya Rasulullah”

Rasulullah tersenyum.

Lantas baginda bersabda,


“Demi yang jiwaku di tangan-Nya andai kalian tetap seperti kalian di sisiku dan terus berzikir niscaya para malaikat akan berjabat tangan kalian, sedang kalian berada di atas tempat tidur dan di jalan raya, akan tetapi wahai Hanzalah, ada waktumu (untuk beribadah) dan ada waktumu (untuk duniamu)”. HR. Muslim
Comel kan Rasulullah pujuk Hanzalah? :)

Bila kita tengok orang tu hafal Quran,kita pun baca Quran dan nk hafal juga..
Bila kita tengok orang tu sedekah,kita pun rasa nk sedekah..
Masih tidak salah berperasaan macam tu..janji,letak niat untuk berbuat kebaikan supaya dapat tempat yang baik di sisi Allah :)






Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap agama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang) [ Surah An-Nisa : 142 ]

Nota berbulu kaki : Kadang-kadang kita selalu rasa Allah tulis orang munafik tu, mesti orang lain dan yang penting bukan kita. Sedangkan semua ayat-ayat Allah itu adalah untuk kita, bukan? Tanya diri, adakah aku ada ciri-ciri munafik tanpa aku sedar? Adakah aku suka solat dan buat banyak ibadah depan orang lain, tapi kurang ibadah belakang orang? Fikir dan teruskan berfikir. Tidak ada suatu perkara Allah ciptakan tanpa sebab. Dan juga, ayat ini juga pasti ada kepentingannya dalam kehidupan kita. Wallahualam.


Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap agama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang) [ Surah An-Nisa : 142 ]


Nota ber kaki : Kadang-kadang kita selalu rasa Allah tulis orang munafik tu, mesti orang lain dan yang penting bukan kita. Sedangkan semua ayat-ayat Allah itu adalah untuk kita, bukan? Tanya diri, adakah aku ada ciri-ciri munafik tanpa aku sedar? Adakah aku suka solat dan buat banyak ibadah depan orang lain, tapi kurang ibadah belakang orang? Fikir dan teruskan berfikir. Tidak ada suatu perkara Allah ciptakan tanpa sebab. Dan juga, ayat ini juga pasti ada kepentingannya dalam kehidupan kita. Wallahualam.

nota berkaki 2: cerita Hanzalah dan Rasulullah SAW  di atas berdasarkan drp blog Hawwariyun.sama-sama renungkan  :)

No comments:

Post a Comment