Selepas tengok cerita Sang Pencerah hari tu,terfikir "Di manakah sebenarnya level kita sebagai seorang Islam". Kita tahu banyak isu di Malaysia saban hari semakin pelik dan rasa rimas untuk fikir. Kadang-kadang kita jadi Pengomen Tegar bagi setiap isu. Tapi adakah komen anda itu sampai kepada orang yang sepatutnya?
Takut,sebab kadang-kadang apa yang kita komen dan kritik boleh menyebabkan pelbagai
consequence. Kadang-kadang kita komen sampai TERmengumpat,
TERsalah info,TERbuat orang lain terasa dan sebagainya.
dan sekiranya teguran sepatutnya "delivered" kepada
pihak yang dituju,apakah mission teguran kita sebenarnya?
Oleh itu, tanpa kita sedar
Allah SWT telah memberikan semua orang guideline untuk komen MENEGUR orang lain termasuklah pemimpin.
"Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik,
dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu,
Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalan-Nya dan Dialah
yang mengetahui siapa yang mendapat petunjuk"
(surah An-Nahl:125)
Secara keseluruhan,Hikmah adalah sesuatu yang datang daripada ilmu yang
luas. dan ada juga menafsirkan hikmah adalah kemampuan untuk memahami rahsia-rahsia
syariat Islam.*rujuk surah Al-Baqarah:269*
Tidak perlu mengkontroversikan keadaan dengan isu-isu remeh.Siapa betul,siapa salah.
Siapa lebih gah,siapa lebih 'rendah' akhlaknya.
Kita tidak tahu dimana tahap ilmu kita untuk meremeh2kan usaha orang lain.
Hal ini melambatkan dan membuat tenaga kerja ummah.
Kita lihat Nabi Ibrahim yang sangat genius dalam bab hikmah ni.
Nabi Ibrahim menggunakan analogy bintang dan bulan untuk membuatkan kaum ketika itu
berfikir tentang Tuhan sehingga menarik perhatian Raja Namrud untuk berdebat
tentang Tuhan.
See?sampai sudah message ketuhanan itu kepada pemimpin (org sepatutnya)
Kita sememangnya perlu proaktif dalam mengimpikan revolusi ke arah Negara Berkebajikan.
Perlu juga rajin dan berusaha keras dalam mendalami ilmu!
Tanpa ilmu,Hikmah hilang.
Anak-anak muda perlu menjadikan Rasulullah SWT sebagai rujukan dalam setiap pergerakan.
Anak-anak muda perlu menjadi berani dan berhikmah seperti Nabi Ibrahim A.S.
Anak-anak muda perlu berhenti memikirkan tentang keseronokan semata-mata dan
keluarkan idea seperti Assyahid Imam Hassan Albanna,Syed Qutb,
al-Mawdudi dalam menjatuhkan Taghut melalui tarbiyah Islam.
Banyak yg kita boleh sumbang.Tapi orang2 kite selalu sempit fikiran yang dakwah
hanyalah melalui lisan dan tulisan.
dan untuk ustaz2 je.
Remember guys n girls,
Anda adalah dakwah yg bergerak.
MARI KUATKAN FIKIR,TINGKATKAN ZIKIR.
suka! :D
ReplyDelete