Monday, July 4, 2011

Apa nak jawab?

nak jawab apa?


orang selalu tanya 
“macam mana awak boleh berubah?”
“kenapa awak pakai tudung labuh?”
“awat hang tak pakai selendang labuh cam dulu je, tutup aurat jugak?”
“kamu pakai tudung labuh sebab geng kamu semua tudung labuh ke?”
“macam mana nak bersukan macam dulu?”
“kat umah lu pakai tudung jugak ke?”
“awak rasa kekal ke awak pakai jilbab ni”
“lepas ni kena panggil kau ustazah la ye?”
“segan la aku nak jalan ngan org tudung labuh macam hang.”
Bertalu-talu soalan..rase xnk jawab pun ade..rase takut nk jawab pun ade..
Susah nk mengubah mentaliti orang-orang macam ni..
kekadang penat nak jawab, wahai sahabatku sayang, ku pakai pakaian sebagaimana yang disyariatkan oleh Allah, kerana cintaNya yang ku kejar..
dan ketahuilah sahabat ku, walaupun pakaian ku berubah kasihku padamu tetap tidak berubah.. (chewah :) )
uhibbukum fillah

Sunday, July 3, 2011

We're just a voice not politician..

It is so sad when I read the comments of my friends about BERSIH 2.0..Even most of the disagree people are under age of 18....They might not know the meaning of democracy,corruption,public policy and etc..
They still dont understand the purpose of the Yellow Parade..They cursed Ambiga,they said most of their friends are politicians because promoting BERSIH..
People,just think if we really care about our future,IF we really know whats really going on in Malaysia,why you said so?
Think Deeply why Suhakam(Suruhanjaya Hak Asasi Manusia) gave out the statement that the gov need to stop their action against the parade..


This is the video that give out the dalil of "demonstrasi is Haram"


Bagi pandangan saya, demonstrasi ni melibatkan semua bangsa dan agama..penjagaan iktilat tu bergantung kepada orang yg buat dan niat mereka..sekiranya satu badan itu mengorganisasikan parade mengikut kumpulan dan aimnya utk betul2 bersuara tentang pilihanraya,maka pasti akan lakukan sesuatu dalam pergaulan lelaki dan perempuan ...
perlukah ustaz menjangka perkara yang belum terjadi? saya masih x faham..sekiranya betul ustaz2 salafi ini memperjuangkan Islam..mengapa masih mentertawakan orang yang bersungguh-sungguh membersihkan yang kotor?Sepatutnya ustaz berikanlah solusi dan alternatif lain untuk mengatasi masalah itu dan bukan hanya menyatakan masalah dalam kondusi Malaysia..Jangan melepaskan batuk ke tangga sahaja Ustaz...Islam adalah syumul..setiap masalah pasti ada jalannya..


Ingin saya berkongsi :
Adapun Demonstrasi aman, maka itu dibenarkan didalam Islam. Ini kerana, banyak bukti-bukti dan dalil-dalil yang menyatakan keharusannya. Antara dalil-dalil tersebut adalah seperti berikut;

a. Rasulullah SAW pernah melakukan demonstrasi aman di kota Makkah. Peristiwa ini terjadi setelah Nabi SAW diperintahkan oleh Allah Ta'ala supaya berdakwah secara terang-terangan. Baginda lalu memerintahkan kaum Muslimin keluar dan berjalan membentuk dua barisan menuju Ka'bah. Satu barisan dipimpin oleh Umar ibn al-Khattab dan yang satu lagi dipimpin oleh Hamzah ibnu Abdul Muthalib. Dengan diiringi laungan takbir dan kalimah suci La ilaha illallah, kaum Muslimin berjalan mengelilingi Ka'bah. Rasulullah sendiri berada di dalam kelompok tersebut memberi arahan.


b. Rasulullah SAW juga pernah menghimpunkan kaum Quraish di Bukit Safa untuk menyeru kepada mereka supaya beriman kepada Allah dan menjelaskan bahawa Baginda adalah Rasul yang diutus Allah kepada manusia.


c. Melihat kepada falsafah Haji, yang mana, Allah mengizinkan haji hanya dilakukan di Mekkah di hari-hari yang ditetapkan sahaja. Disamping mengerjakan haji, di suruh supaya melakukan tawaf dan bertalbiyyah sebagai cara hendak menyatakan hasrat hati dan ‘tunjuk perasaan’ didepan Allah.

Melihat kepada ‘istidlal’ ini, tidaklah Islam melarang Demonstrasi secara mutlak, seperti yang didakwa.



Kadang-kadang perlu kita muhasabah kembali tentang apa yang kita dengar,apa yang kita lihat di TV apakah betul berita yang dikeluarkan..
Janganlah jadi dungu hanya mengiyakan apa yang didengarkan..
Janganlah jadi pak turut hanya menurut segala perintah
Janganlah menjadi pengecut hanya melihat orang lain di zalimi..


Jom baca balik surah Al-Kahfi dan Muhasabah..
Panduan ini saya copy daripada Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (saifulislam.com)



MUHASABAH
Muhasabah KEPERCAYAAN anda (cetusan kisah Ashaab al-kahf).
Muhasabah HARTA anda (cetusan kisah lelaki kafir pemilik dua kebun).
Muhasabah ILMU anda (cetusan kisah Musa dan Khaidir).
Muhasabah KUASA anda (cetusan kisah Zulqarnain).
Adakah setiap satunya itu ASET atau LIABILITI?
Jika setiap satunya membawa kita kepada Allah, maka ia adalah aset yang penting bagi pelaburan hidup dunia dan Akhirat.
Jika setiap satunya gagal membawa kita kepada Allah, maka ia adalah liabiliti yang mengundang musibah dunia dan Akhirat.
Ia mesti berhubung dengan Allah.
Terputus hubungan dengan Allah, semua kepercayaan, harta, ilmu dan kuasa akan melekat di dinding Materialisma.


Meskipun ada diantara kita yang mempunyai berlainan pendapat,tidak semestinya kita perlu meremeh-remehkan usaha orang yang ingin menegakkan keadilan dan kebenaran.
Wallahualam..







Matlamat tak menghalalkan cara

’ COUPLE YANG DIBOLEHKAN ‘……  
 -kisah ni copied from fb-

Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Sy…afiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.  
 
beberapa tahun berlalu…Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. “COUPLE ISLAMIC”. Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.  
 
Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, “Have you married?”. “No.”, jawab Safura. “So, why you sit together with this ajnabi alone here”, tanya Muhammad. “Kami couple, tapi Islamic way” jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.  
 
“Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”  
 
Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas…  
 
p/s : yg HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba apa cara sekalipon untuk mengHALALkannya..peringatan untuk diri ana sendiri terutamanya….wallahualam

Wednesday, June 15, 2011

How long would it take you to finish reading the Qur’an?

Have you read about the news that Tony Blair reads the Quran everyday?masyaAllah..
It is a hit from a nail to the head of muslims..lets be productive!




5 Daily Prayers 5 Daily Opportunities to read Qur’an
  • 1 page after each salaah, about 3 months to finish Qur’an
  • 2 pages 2 months
  • 3 pages 40 days
  • 4 pages 30 days
  • 5 pages 24 days
How long would it take you to Memorise the Qur’an
If you were to memorise
  • 1 line per day – It would take you 24 years to memorize Qur’an
  • 3 lines per day - 8 years
  • 6 lines per day – 4 years
  • 8 lines per day - 3 years
  • 1 page per day - 20 months
InsyaAllah,Allah will count our sacrifice for Him for the sake of entering Jannah..nak masuk syurga,kena berusaha untuk beli maharnya..maharnya?kumpul saham akhirat,amr makruf,nahi mungkar! :)

Saturday, June 4, 2011

Hikmah.

Selepas tengok cerita Sang Pencerah hari tu,terfikir "Di manakah sebenarnya level kita sebagai seorang Islam". Kita tahu banyak isu di Malaysia saban hari semakin pelik dan rasa rimas untuk fikir. Kadang-kadang kita jadi Pengomen Tegar bagi setiap isu. Tapi adakah komen anda itu sampai kepada orang yang sepatutnya?

Takut,sebab kadang-kadang apa yang kita komen dan kritik boleh menyebabkan pelbagai 
consequence. Kadang-kadang kita komen sampai TERmengumpat,
TERsalah info,TERbuat orang lain terasa dan sebagainya.
dan sekiranya teguran sepatutnya "delivered" kepada
pihak yang dituju,apakah mission teguran kita sebenarnya?

Oleh itu, tanpa kita sedar
Allah SWT telah memberikan semua orang guideline untuk komen  MENEGUR orang lain termasuklah pemimpin.

"Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik,
dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu,
Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalan-Nya dan Dialah 
yang mengetahui siapa yang mendapat petunjuk"
(surah An-Nahl:125)

Secara keseluruhan,Hikmah adalah sesuatu yang datang daripada ilmu yang 
luas. dan ada juga menafsirkan hikmah adalah kemampuan untuk memahami rahsia-rahsia 
syariat Islam.*rujuk surah Al-Baqarah:269*

Tidak perlu mengkontroversikan keadaan dengan isu-isu remeh.Siapa betul,siapa salah.
Siapa lebih gah,siapa lebih 'rendah' akhlaknya.
Kita tidak tahu dimana tahap ilmu kita untuk meremeh2kan usaha orang lain.
Hal ini melambatkan dan membuat tenaga kerja ummah.

Kita lihat Nabi Ibrahim yang sangat genius dalam bab hikmah ni.
Nabi Ibrahim menggunakan analogy bintang dan bulan untuk membuatkan kaum ketika itu
berfikir tentang Tuhan sehingga menarik perhatian Raja Namrud untuk berdebat 
tentang Tuhan.

See?sampai sudah message ketuhanan itu kepada pemimpin (org sepatutnya)

Kita sememangnya perlu proaktif dalam mengimpikan revolusi ke arah Negara Berkebajikan.

Perlu juga rajin dan berusaha keras dalam mendalami ilmu!

Tanpa ilmu,Hikmah hilang.

Anak-anak muda perlu menjadikan Rasulullah SWT sebagai rujukan dalam setiap pergerakan.

Anak-anak muda perlu menjadi berani dan berhikmah seperti Nabi Ibrahim A.S.

Anak-anak muda perlu berhenti memikirkan tentang keseronokan semata-mata dan
keluarkan idea seperti Assyahid Imam Hassan Albanna,Syed Qutb,
al-Mawdudi dalam menjatuhkan Taghut melalui tarbiyah Islam.

Banyak yg kita boleh sumbang.Tapi orang2 kite selalu sempit fikiran yang dakwah
hanyalah melalui lisan dan tulisan.

dan untuk ustaz2 je.

Remember guys n girls,

Anda adalah dakwah yg bergerak.

MARI KUATKAN FIKIR,TINGKATKAN ZIKIR.





Thursday, June 2, 2011

Hari Lahir.


Pada usia kamu yang bertambah,
Disaat sahabat lain diraikan oleh seorang lelaki ajnabi,
Kamu masih bersendiri meraikan hari jadi…

Disaat sahabat lain ditemani kekasih hati,
Kamu hanya ditemani rakan rakan..

Disaat teman sebilik mendapat kejutan dari teman lelaki,
Kamu menjalani hari jadi tanpa sebarang surprise dan kejutan.

Pada usia kamu yang bertambah,
Saat teman - teman risau mencari.
Kamu tetap tenang menanti.

Saat teman - teman bimbang mengharungi perhubungan,
Kamu masih sabar mengharungi kehidupan bersendiri.

Pada usia kamu yang bertambah.
Kamu semakin kuat dalam pengharapan.
Kamu semakin teguh dalam penantian.
Berkongsi keluh kesah mu bukan pada lelaki tapi pada Ilahi…
Bercerita tentang pengharapan bukan pada kekasih tapi pada Rabbi…

Pada usia kamu yang bertambah.
Kamu semakin yakin.
Bahawa penantian adalah ujian, dan perjalanan adalah pengalaman.
Bersungguh dan semakin teguh dalam istikarah cintamu.
Menanti DIA mngutuskan seseorang.
Mengharap DIA menunjukkan jalan.
Selamat hari lahir.wahai diri sendiri.

doa afdhal



Doa-doa yang afdal:

Sebaik-baik doa adalah doa-doa daripada Al-Quran, kerana ayat-ayat Al-Quran itu sendiri adalah kalam Allah (kata-kata dari Allah). Contohnya, doa Nabi Ibrahim di dalam surah 14:35-41. 

Antara doa-doa di dalam Al-Quran: 

+ Doa supaya tidak berputus asa [Maryam:4]
+ Doa dilapangkan dada dan dipermudahkan urusan [Thaha:25-26]
+ Doa mohon kurnia rahmat dan petunjuk yang lurus segala urusan [Kahfi:10]
+ Doa mohon keampunan atas kesalahan meminta sesuatuyang tidak diketahui hakikatnya [Hud:47]
+ Doa mohon diberi keputusan yang baik [A’raaf:89]
+ Doa mohon kasih sayang untuk ibu bapa [Isra’:14]
+ Doa mohon dihindarkan dari fitnah dan diselamatkan dari tipu daya orang kafir [Yunus:85-86]
+ Doa memohon kesejahteraan dunia dan akhirat [Baqarah:201]
+ Doa memohon keampunan dan rahmat [A’raaf:23]
+ Doa memohon agar diterima amalan [Baqarah:127]
+ Doa dicukupkan keperluan [Taubah:129]
+ Doa mohon agar mensyukuri nikmat Allah [Ahqaf:15]