Sunday, May 29, 2011

Uni manakah yang bakal ku jejak?(UK edition-PART 1)


Salam wbt...alhamdulillah..dah 7 bulan saya menjejaki bumi United Kingdom..pada mulanya rasa takut..Takut culture shock,takut salah pilih uni,takut terguna duit lebih daripada KPM bagi,dan takut macam2! :( tapi alhamdulillah... :) banyak bantuan yg Allah SWT salurkan dan banyak juga bantuan daripada kawan-kawan dari segi tarbiyah,semangat dan sebagainya..
Dengar cerita adik-adik tengah pening nk carik universiti mana hendak dituju,betul ke?
Di sini saya dan kawan-kawan ingin share sedikit tentang beberapa universiti yang di United Kingdom ni..
Kita mulakan dengan
UNIVERSITY OF SOUTHAMPTON
Yg colour biru tu bus Uni soton..leh jalan g mane2 je.Pakcik driver bus yang sentiasa berpakaian smart dan ceria selalu :D.kalau duduk hall,xpayah dah bayar bas!travel g mane2 around soton,just touch your student id then GO! :)
ni la senior2 korg kat soton dan menerajui Malaysian Student Association
Okay.Sekarang kita cerita mengenai Life pula:
  • Southampton telah diberikan kadar rate C.
  • InsyaAllah semua duit cukup kalau pandai berjimat dan bawa bekal ke kelas setia hari.
  • Rumah yang paling mahal adalah £87-92 per week (Hall) dan yang paling murah £52 per week(rumah biasa)
  • Makanan halal senang je nk cari insyaAllah
  • tapi di Soton bukan lah bandar sebesar London dan Birm.Tetapi disini lah tempat paling harmoni untuk belajar.jauh dari kesibuka bandar dan sebagainya. :)
Academic:
  • Depends on each subject.kalau Mathematics dan Actuarial Science,korang semua kena siapkan 4 assignments every week sampai lah cuti dan sampai lah korang dah grade...nampak susah..but alhamdulillah..kami survive jgk :)
  • Chemistry dan Engineering, every week ada lab dan report yg perlu dihantar.tetapi ada juga yg every two weeks.but it depends on your course.Dont Worry..walaupun di Soton nampak Hectic,but still,korang akan dapatScholarship(untuk all maths,chem and some of engineering students) every 3 months ikut results Alevel korang smpai lah korg graduate.(tapi dengan syarat,jangan repeat SEMESTER EXAM)
  • EXAMSSS....Di Soton ada 2 kali exam dalam setahun iaitu selepas winter holiday dan sebelum summer holiday(Semester exam).
Miscellaneous
  • Tahun ini insyaAllah akak dan Asyraf Zulazni(Skod daripada KMB) akan memegang MSA.kalau ada apa-apa ketidak jelasan boleh lah contact akak +44736972113 @ +60135938663.atau add akak kat skype amy_buffy1990@yahoo.com.untuk students KYUEM,boleh contact Hanisah Hanapi (+447510866994) @ maxsah_n2@yahoo.com.
  • MSA akan membuat pelbagai aktiviti.Amat-amat dialu-alukan kedatangan korang semua!! :)
UNIVERSITY OF SHEFFIELD
ni lah peneraju SMSA
Family Sheffield :)
Info menarik tentang LIFE AT SHEFFIELD:
  • merangkap no 3 of the Lowest Living City.Bak kata saudara Asyraf, makanan halal senang nak cari sebab semua kedai halal dekat-dekat je.Daging dan ayam halal sangat lah murah.
  • Biasa nya student malaysia yang datang ke Sheffield tak duduk hall sebab banyak sangat rumah yang murah-murah. Ada yang £175 je sebulan termasuk la bil gas,air dan elektrik
  • Kalau nak duduk hall pun xde masalah.sebab Hall di Sheffield adalah antara Hall terbaik di UK.sila rujuk link ini.
  • xperlukan bus untuk ke kelas sebab terlalu dekat dengan perkampungan Melayu Sheffield.Kata Asyraf lagi,Sheffield merupakan kawasan no 3 yang paling ramai melayu.ada advantage juga tu. :)
ACADEMIC:
  • Library di University of Sheffield akan dibuka selama 24 jam.
  • Bak kata Asyraf,Senior2 di Sheffield sangat pemurah dengan nota-nota sama ada hard copy dan soft copy.Konklusinya,xperlu risau untuk tolong apa-apa dengan senior dari segi academic
  • Exam di Sheffield sama macam di Soton.
MISCELLANEOUS
  • Seandainya kalian ada kemusykilan,bolehlah berhubung dengan saudara Asyraf+447598789396 atau Hilman +447747498092 atau saudari Hidayu +447908970544
UNIVERSITY OF BIRMINGHAM
Ni lah senior2 maths di Birmingham :)
Winter time!!
Okay..akak nk ceritakan sedikit tentang LIFE DI BIRMINGHAM(based on Nada's story):
  • Kawasan Kadar C
  • Birmingham is the 2nd largest City in the UK after London City.Besar sangat Birmingham!akak pernah pergi dan ramai muslims di situ.MashaAllah~
  • Orang selalu datang Birm untuk shopping.So,beware! :D
  • Nak cari makanan halal di Birmingham sangat lah senang sebab populasi Muslim sgt besar.Nak cari jubah,tudung,stokin dan sebagainya untuk keperluan muslim sangatlah senang di Birmingham.
  • Kalau ada junior-junior yang nak datang Birm,insyaAllah boleh contact senior-senior.Mereka boleh uruskan insyaAllah.
  • Hall di Birmingham agak mahal. So, preferable untuk duduk luar.
ACADEMIC
  • Di Birmingham,peperiksaan memang lain dari Soton dan Sheffield.Academic assessment per year bukan per semester.
  • Tapi advantagenya,semasa orang lain tengah exam,anda boleh lah pergi bercuti.Cuma 'sakit' sedikit semasa nk exam nanti lah.sebab kena belajar untuk one year syllabus :)
  • Di Birmingham ada ramai senior maths.Harap-harap ini boleh membantu pelajar-pelajar maths yang nk ke Birmingham.InsyaAllah
MISCELLANEOUS
UNIVERSITY OF LANCASTER
nilah kakak2 korang kat Lancaster
Life @ Lancaster:
  • Kawasan Kadar C
  • Accomodation on campus quite expensive & every year naik, around £80 untuk bilik yang semua kena share dan ada sink. Tu paling murah utk 2011/12 tp so far kalau nk duk kt dlm, still best, sangat lah dekat dgn lecture hall. Kalau duduk off campus, boleh juga dapat yang murah around £60 exclusive (bil2 tu leceh n uruskn even totally murah lg), n £75 utk inclusive.
  • Kalau duduk di luar, semuanya dekat, boleh jalan kaki nak ke City, except university, 45 min nk jalan. So, utk buspass, £200 pound untuk 3 term time dan untuk yang tidak ada buspass, £2.25 return setiap hari. So, these are the options to buy buspass if choose to stay off campus.
  • Makanan halal agak sukar untuk di cari.kalau nak makanan halal di restoran dan sebagainya boleh je nak ke Preston.Dont Worry lah :)
Academic
  • Assessment di University of Lancaster adalah mengikut tahun dan bukan mengikut semester.Jadi adik2 semua boleh lah berehat2 sewaktu org2 lain periksa semester,tapi mesti bekerja keras untuk setiap kali exam :)
  • Kata kak Faridah Ismail,department physics nampak macam advanced sedikit sebab boleh print notes dan sebagainya di department tersebut!mashaAllah best!
  • Untuk mathematicians,online assignment dan assignment amat-amatlah penting dan akan carry mark dan markah tersebut akan dibawa ke final exam marks :)
MISCELLANEOUS
  • Untuk keterangan lanjut,bolehlah menghubungi kak Faridah Ismail yang sentiasa mengalu-alukan kedatangan adik-adik :).ini nombor beliau +447926415127
UNIVERSITY OF CARDIFF

ni la dia puteri2 cardiff :)
Okay let me write in English...
Cardiff University
Student Life
Cardiff is a thriving and attractive city which is widely recognised as an outstanding place in which to live and study. It combines all advantages of a compact, friendly and inexpensive location with the cultural and recreational facilities of modern capital city.
Everything is within walking distance. This is what common Malaysian students say and it is true. If you live in university accommodation usually it takes you 5 to 15 minutes to the university building. Malaysian students who live in commercial house use bicycles to the lectures, taking them about 10 – 30 minutes.
Halal food and mosques are everywhere. You can pick different buffet restaurant for different 7-days a week. The nearest park is Cardiff Bute Park, this is where Malaysian student play soccer and Frisbee, or having a barbeque picnic. Good road and rail links with the rest of the UK. Cardiff is connected to Megabus links which is the cheapest bus service in UK.
Cardiff Nusantara Network(CNN) and MSSCF both are main Malaysian undergraduate organisation. CNN is where you want to socialize with other Malaysian, Bruneian and Indonesian while MSCCF is handling cultural and sports event.
Don’t like a hectic life style like Kuala Lumpur and London. Come to Cardiff and you’ll understand what freedom is.
Examintation
Medic – 1 exam period per year + placement to hospital.
Engineering – 1 exam period per semester + coursework.
Other Courses – usually has 1 exam period per semester + coursework. But some course does not have any exams at all
Accomodation
You have two choices which is University Residence or Commercial Residence. But it is advisable to 1st Year students to live in University Residence.
Pro and Cons
University Residence
-Usually near to University Building
-Cost includes all bills and cleaner will come to your residence every week.
-Any problem just contact the Residence Manager
-You have to cook by your own
Commercial Residence
-cheaper than University Residence
-live and cook together with your friends in the same house
-quite far compared to University Residence
Living cost
University Accommodation (cheapest) - £280 per month but usually includes all bills (electric, gas, water, internet etc.)
Commercial House (depends on Area)
Riverside (15-30 minutes to University Building) – Average £160 per month excludes bills. If includes all bills and food £200-£250
Others Area – £200 - £300
Food
Self-catered - £20 to £50
Outside £100 - £200
Bicycles
New - £100 - £400
Second - £25 - £60
Bus
For academic purpose, only Medic students need to use bus service when they go to the placement
Basic Instruments - £50

Contact Person
1. Abdul Aziz Sapiai (CNN)
FB: Abdul Aziz Sapiai
2. Muhammad Amir Hashim (CNN)
FB: Amir Hashim Soksek KYUEM
3. Nur Jannah Mohamad (CNN)
Facebook: Nur Jannah Mohamad
 Cardiff Bay, take a tour on a bout
Queen Street, main shopping walk way
 Cardiff Bute Park, where Malaysian jogs, play soccer and have a picnic
Cardiff Castle
Okay adik2..sekian dahulu daripada kami..
insyaAllah next entry will be University of York,University of Sussex,University of Nottingham,University of York,University of Manchester,Queen's University Belfast!
Tunggu ye.. :)
p/s:adik2 dah boleh start khatam kan past years physics n etc...baca betul2 soalan k :)
Jangan Lupa sembahyang,dan yang non-muslim, Just Pray,It might ease our hardship :)










Ukhwah Fillah

Baru tiga hari yang lepas ana balik dari Plymouth kerana menghadiri Cuti-Cuti Musim Bunga..memang sangat best!mashaAllah dengan layanan AJK-AJK Sambutan,makanan dan layanan tuan rumah yang kami tumpang pada hari pertama kami sampai,rasa macam puteri pula :D
Banyak yang ana pelajari sepanjang program..tak kira apa topik pun yang dibincangkan, ana mengambil serious tentang apa yang ana dapat sepanjang program.Antaranya mengenai macam mana nak tahu "is he the one for me?" dan macam-macam.(nak jugak highlight ^.^)
tapi apa yang ana terfikir untuk kongsikan adalah topik..UKHWAH..
Bila ana sampai ke UK,ramai yang letakkan ukhwah yang mereka ikatkan dengan sahabat mereka dengan "ukhwah fillah"..
Macam mana kita nak realisasikan ukhwah kerana Allah tu?
Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara , maka damaikanlah diantara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat” (surah al-Hujurat : 10)
Rasulullah s.a.w bersabda “ Daripada Nu’man bin Bashir r.a : Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Perbandingan orang-orang mukmin pada kasih sayang mereka adalah seperti tubuh badan uang satu , apabilah satu anggota berasa sakit seluruh badan akan turut merasainya.”
PERGH!memang hebat kalau betul kasih sayang sesama manusia memang berlandaskan Islam..
Teringat kisah muhajirin dan ansar..they are completely strangers among each other..tapi still,puak ansar boleh korbankan keselesaan dan apa yang mereka suka kepada golongan Muhajirin...MasyaAllah..macam mana lah pengorbanan tu di sisi Allah..tentu tinggi darjatnya..
Menurut Imam al-Ghazali,
 Ada 4 kategori :
1-Ukhuwah dijalinkan atas dorongan keseronokkan seperti paras rupa,tingkah laku dan sebagainya
.2- Untuk kepentingan diri (peribadi) untuk tujuan kebendaan di dunia tak lebih dari itu
.3- Untuk kepentingan akhirat semata-mata seperti pencinta ilmu mengesihi guru dan para ulamak bukan untuk mendapat keuntungan kebendaan didunia tetapi untuk mendapatkan iman dan taqwa yang pasti dapat menyelamatkan dari azab api neraka di akhirat.
4- Persaudaraan yang diikat erat daripada kesedaran iman dan taqwa kepada Allah. Terjalin semata-mata patuh dan taat , menyembah dan menyerah diri kepada Allah.
Yang mana satu kategori ukhwah yang anda janjikan kepada sahabat anda?

Apabila anda berani meletakkan ukhwah anda dan sahabat-sahabat anda keranaNya,pasti ada cabaran yang menduga..
Mesti ada salah faham..
Terhasad dengki apabila si kawan dapat rezeki lebih..
Terasa apabila kawan tak sengaja menyakitkan hati kita..
macam-macam..
Namun,itu bukan alasan untuk tidak meletakkan Islam sebagai basic ukhwah..
Terdapat prinsip berukhwah dalam Islam..
1- Perdamaian atau hubungan yang baik , saling bermaaf-maafan dan tidak terlalu sensitif.
Firman Allah : “Maka hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah dan perbaikilah         hubungan antara kamu dan taatlah kepada Allah dan Rasulnya sekiranya kamu orang-orang yang beriman “
( surah Al-anfal : 1 )
2-  Saling kasih mengasihi dan cinta mencintai ke arah mengeratkan lagi ikatan ukhuwah
Perkara ini amat susah untuk manusia praktikkan dan dipandang remeh!
.Firman Allah : “ Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebaikkan sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kau cintai dan apa sahaja yang kamu nafkahkan , maka sesungguhnya Allah mengetahuinya” ( surah Ali Imran : 92 )
Allah menjelaskan bahawa kasih sayang dan cinta mencintai antara satu sama lain boleh dipertingkatkan melalui sedekah.Kasih sayang dapat disuburkan sehingga mencapai taraf yang paling tinggi jika ornag-orang kaya mengorbankan segala sesuatu yang paling disayangi untuk membela nasib golongan malang.
Apatah lagi jikalau kita mengorban sesuatu untuk kemaslahatan dakwah.Ukhuwah yang disandarkan atas dasar untuk kepentingan umat Islam(dakwah) adalah yang paling utama.
AGAIN!DAKWAH BUKAN HANYA DILAKUKAN OLEH PENDAKWAH BEBAS!SEMUA ORANG WAJIB BERDAKWAH!!
3- Persamaan iaitu ikatan ukhuwah akan terus kukuh jika manusia merasai atau mempunyai sifat persamaan diantara satu sama lain
Bagaimana dengan perlaksanaan??
Mengutamakan sahabat dengan harta bendanya. Jika tidak mampu dia berikan apa yang lebih dari hajatnya
 Bersegera membantu sahabat yang memerlukan bantuan kita
       Menyembunyi rahsia sahabatnya
       Menutup keaiban sahabatnya
      Meninggalkan berbantah-bantah
       Tidak suka sindir menyindir dan perli memperli
       Sentiasa mendoakan sahabatnya didalam senang dan susah
       Sentisasa melafazkan dengan perkataan “inni uhibbuka fillah” yang bermaksud sesungguhnya aku mencintai kamu kerana Allah
       Sentisa bertanya khabar melalui sms , email dan sebagainya.
Ya!anda perlu sensitif! Jangan terlalu pentingkan diri,kerana tiada manusia boleh hidup bersendirian......percayalah.
"Dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat itu, sebagai orang-orang yang bersaudara." (Ali 'Imran 3: 103)
ANDA NAK TAHU,Ukhwah pun ada virus!
MENURUT Abu 'Ashim Hisyam bin Abdul Qadir Uqdah dalam bukunya VIRUS-VIRUS UKHWAH,kalau anda mahukan ukhwah anda terkena virus,silalan praktis points di bawah:
1.Berbicaralah pada Saudaramu dengan Nada yang Tinggi dan Kasar
"Dan lunakkanlah suaramu, sesungguhnya suara yang paling jelek adalah suara keledai"(Luqman 31: 19)
2.Jangan Mendengar dan Jangan Menghargai Pendapatnya 'Atha'
(ulama Salaf) pernah mengatakan; "Ada orang yang memberitahuku tentang suatu hadith, padahal aku telah mengetahuinya sebelum dia dilahirkan lagi, namun kesopanannya mendorongku untuk tetap mendengarnya hingga selesai."
3.Selalulah Berbantahan dengannya walaupun Sekecil-kecil Perkara
"Tiada kaum yang menjadi sesat setelah mendapat petunjuk kecuali kerana mereka suka saling berbantah-bantahan. " (HR Ahmad, Tirmidzi dan Ibnu Majah)
4.Kritiklah dengan Keras Sehingga Perasaannya Terluka.
Dr Abdullah Al Kathir pernah menceritakan; "Semua orang menyukai siapa saja yang memperbetulkan kesalahannya tanpa melukai perasaannya." Seorang pensyarah sedang mempersiapkan bahan ceramah yang akan disampaikan di dalam sebuah forum. Namun, bahan yang berhasil disusun olehnya terlalu panjang dan 'detail' sehingga mungkin akan membosankan para pendengar. Dia pun meminta penilaian isterinya, "Bagaimana pendapatmu mengenai bahan ceramah ini?" Dengan penuh bijak si isteri menjawab:"Bahan ceramah ini lebih layak dan sangat baik jika menjadi artikel untuk sebuah majalah ilmiah yang mengkaji tema-tema spesifik." Isterinya secara berhikmah, mengkritik bahan itu terlalu panjang...
5.Tegurlah Kesalahannya di Depan Orang Lain(Lagi ramai lagi BAGUS!)
Imam Syafi'i pernah bersyair, "Nasihatilah diriku di kala aku sendiri Jangan kau nasihati aku di tengah keramaian Kerana nasihat di hadapan umum Adalah sebahagian dari penghinaan Yang tidak suka aku mendengarnya Jika engkau enggan dan tetap melanggar kata-kataku Maka jangan menyesal jika aku enggan menurutimu"
6.Perbanyakkan 'Negative Thinking' kepadanya dan Jangan Maafkan Kesalahannya
Fudhail bin 'Iyadh berkata, "Siapa mencari sahabat tanpa cacat, nescaya sepanjang hidupnya tidak mendapat sahabat."
Hasan bin Wahb berkata: "Di antara hak-hak ukhuwah adalah memaafkan kesalahan sahabat dan terbuka atas segala kekurangannya."
7.Jika ada Aib atau Rahsia yang Diketahui, Maka Sebarkanlah kepada Orang Ramai
"Jika seseorang diberitahu oleh sahabatnya mengenai suatu hal, lalu ia pergi, maka hal tersebut telah menjadi amanah (rahsia yang mesti dijaga) baginya." (HR Daud, Tirmidzi dan Ahmad)
8.Mudahlah Untuk Berprangsangka yang Bukan-bukan Tentang Dirinya
"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa" (Al Hujurat 49:12)
Umar Al Khattab pernah berkata, "Janganlah berprasangka terhadap setiap ucapan yang keluar dari lisan saudaramu kecuali dengan prasangka yang baik, selama kamu masih mendapatkan celah kebaikan dalam ucapannya itu."
Tu dia virus-virus ukhwah..nauzubillahinminzalik...
banyak yang kita perlu perbaiki dalam perhubungan sesama manusia..
banyak hak yang perlu ditunaikan..
agak di akhirat kelak tiada yang menuntut hak ukhwah mereka..
disini ana nak minta maaf andai ana tidak menunaikan hak-hak sahabat-sahabat ana dalam berukhwah..
banyak kelemahan yang perlu diperbaiki.. :(
Salam ukhwah dari ana.. :)
ILOVEYOUALL FOR THE SAKE OF ALLAH SWT!